UMNO Kemuka Keputusan Penuh Pemilihan Parti Sesi 2023 - 2026

Politics
19 Mar 2023 • 8:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Isham Jalil melihat keputusan pemilihan UMNO di Menara Dato' Onn, malam tadi. - Gambar Syeda Imran

KUALA LUMPUR – Keputusan pemilihan UMNO di semua peringkat di seluruh negara yang diadakan semalam, sudah dinoktahkan secara rasmi hari ini dengan beberapa perubahan ketara.

Pemilihan itu turut menyaksikan beberapa muka lama tewas, antaranya penyandang Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan mantan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Azalina Othman Said.

image is not available
Isham Abdul Jalil (kiri) dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Saingan itu juga mempamerkan kemunculan muka baharu, seperti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Ketua Penerangan, Isham Jalil.

Berikut ialah keputusan penuh pemilihan parti itu bagi Sesi 2023-2026, membabitkan jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 25 ahli MKT, seperti dilaporkan UMNO Online

image is not available

Pengerusi Tetap

Tan Sri Badruddin Amiruldin

Timbalan Pengerusi Tetap

Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah

Presiden

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Presiden

Datuk Seri Mohamad Hasan

Naib Presiden

1. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

2. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

3. Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Ahli MKT

1. Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

2. Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

3. Datuk Seri Ahmad Maslan

4. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

5. Datuk Seri Bung Moktar Radin

6. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

7. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim

8. Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

9. Datuk Azian Osman

10. Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad

11. Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin

12. Datuk Zahida Zarik Khan

13. Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii

14. Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin

15. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

16. Datuk Mohd Puad Zarkashi

17. Datuk Seri Jamil Khir Baharom

18. Datuk Johan Abd Aziz

19. Isham Jalil

20. Datuk Seri Abd Rahman Dahlan

21. Datuk Lokman Noor Adam

22. Datuk Seri Dr Ahmad Said

23. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin

24. Datuk Mohd Rafi Alli Hassan

25. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan.

Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat yang diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lalu.

Kerusi Ketua Wanita UMNO dimenangi penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, manakala Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, masing-masing menjadi milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Mohamad Akmal Saleh serta Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Kemudian, pemilihan itu berakhir semalam dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian, bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Menurut laporan, pemilihan kali ini membabitkan lebih 100,000 perwakilan membabitkan 189 bahagian UMNO seluruh negara yang melaksanakan tanggungjawab menentukan kepimpinan peringkat bahagian, MKT dan Naib Presiden UMNO, bermula jam 9 pagi semalam.

Terdahulu, pemilihan itu mencetuskan isu panas apabila Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 membuat ketetapan meluluskan usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Usul tambahan diluluskan itu menyaksikan penyandang sedia ada, Ahmad Zahid dan Mohamad kekal di jawatan berkenaan. – Getaran, 19 Mac 2023