
LKOTA BHARU: UMNO dan Pas negeri ini membuat laporan polis berkaitan isu penangguhan pelaksanaan titah pengampunan dan perintah mahkamah berkaitan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara serentak.
Laporan itu dibuat secara serentak oleh UMNO Bahagian Pasir Mas dan Pas Kawasan Pasir Mas serta UMNO Bahagian Machang bersama Pas Kawasan Machang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing
Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Nor Hariri Mohamed Nor berkata, pihaknya mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengeluarkan kenyataan berhubung penangguhan perintah tahanan rumah pada hari yang sama.
Katanya, tindakan itu seolah-olah AGC mendapat arahan daripada yang lebih tinggi sekaligus mengingkari titah YDPA.
“Perkara ini suatu contoh bentuk penderhakaan terhadap institusi diraja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Sementara itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Machang, Mohd. Fakaaruddin Ismail ketika ditemui pemberita di IPD Machang berkata, pihaknya berpandangan tindakan berkenaan perlu disiasati secara terperinci oleh pihak polis.
Katanya, hal ini kerana ia didakwa mempunyai unsur kesalahan di bawah Seksyen 121 C Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 Akta Hasutan 1948.
“Kami percaya tindakan Peguam Negara itu merupakan satu kesalahan yang perlu disiasat kerana didakwa bersubahat melanggar kuasa Yang di-Pertuan Agong.
“Kami juga percaya tindakan berkenaan boleh menjurus kepada penghinaan mahkamah (contempt of court) kerana didakwa menghalang pelaksanaan perintah mahkamah berhubung tahanan rumah Najib selepas beliau menjelaskan denda RM50 juta,” ujarnya.-UTUSAN
The post UMNO, Pas di Kelantan lapor polis isu tangguh penahanan rumah Najib secara serentak appeared first on Utusan Malaysia.






