UMNO pecat KJ, Hishammuddin dan Shahril digantung keahlian

Politics
27 Jan 2023 • 11:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar dari kiri: Khairy, Hishammuddin dan Shahril Sufian.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipecat dari UMNO serta-merta.

Selain Khairy, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli MKT, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang turut menghadiri mesyuarat MKT UMNO, di sini pada Jumaat menerusi hantaran di Facebooknya.

Dalam pada itu, mengesahkan mengenai keputusan itu ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi kenyataan selepas selesai mesyuarat MKT pada Jumaat.

Menurut beliau, keputusan pemecatan dan penggantungan itu dibuat atas pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam kenyataan tersebut, turut menerima nasib sama digantung keahlian ialah Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Datuk Seri Mohd Salim Sharif.

"Selain itu yang turut dipecat ialah lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO dari Pahang.

"Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15," jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved