Umno Sabah musnah jika Bung terus kekal: G57

Politics
25 Apr 2024 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar menyifatkan dakwaan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu akan kembali berkuasa di Sabah sebagai angan-angan dan penyedap telinga.

“Tidak salah untuk berhajat, tetapi melihat kepada keadaan semasa dan akan datang, hanya mengekalkan semangat yang tinggi tidak boleh dijadikan modal untuk Umno menumbangkan GRS dan PH di Sabah,” kata Zulkarnain menjawab kenyataan Zahid Hamidi semasa Mesyuarat Umno Bahagian Putatan dan Makan Malam Hari Raya Aidilfitri, Sabtu lalu.

“Kebenaran yang perlu diterima oleh Zahid dan barisan Ahli Majlis Tertinggi Umno ialah selagi Datuk Seri Bung Moktar masih menerajui Umno di Sabah dan ada kaitan dengan Parti Warisan Sabah, kenyataan itu hanyalah retorik dan terlalu bagus untuk dipercayai, ” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata parti itu dimusnahkan Bung yang melakukan kesilapan mendalangi rampasan kuasa terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 5 Januari, 2023 bersama Parti Warisan Sabah.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Inilah punca perpecahan Umno di Sabah. Saya juga agak terkejut bagaimana Zahid boleh mendakwa Umno boleh memerintah Sabah dengan jumlah yang sedikit.

“Malah ada kajian daripada sebuah badan bebas dan penganalisis politik bahawa hanya ada dua atau tiga kerusi selamat untuk Umno Sabah.

“Jika perancangan bersama Warisan digunakan sebagai salah satu formula untuk menawan semula Sabah, Umno jelas tersilap langkah.

“Parti Warisan telah ditolak sama sekali di Sabah terbukti pada Pilihan Raya Umum ke-15. Mereka hanya memenangi tiga kerusi selepas bertanding 25 kerusi di Sabah.

“Upko misalnya, hampir lumpuh ketika bersama Parti Warisan. Malah pada Pilihan Raya Umum ke-16 mereka hanya memenangi satu kerusi. Mujurlah pucuk pimpinan menjadi bijak dan segera berhenti bekerjasama dengan Warisan.

“Datuk Shafie Apdal (Presiden Warisan) sedar situasi ini sebab itu Umno melalui Bung Moktar telah dipergunakan untuk melonjakkan momentum sokongan rakyat kepada Warisan.

“Rakyat Sabah sebenarnya menolak Warisan selepas rekod buruk mereka selama 26 bulan,” katanya.

Zulkarnain berkata Warisan gagal membawa masuk walaupun seorang pelabur asing ke Sabah, kadar KDNK jatuh kepada 0.5 peratus.

“Isu Sempornafication, cadangan penempatan sebuah pulau untuk pendatang tanpa izin Filipina dan banyak lagi menyebabkan rakyat ngeri untuk memilih semula Warisan.

“Momentum penolakan oleh rakyat Sabah ini dijangka berterusan sehingga pilihan raya akan datang,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.