UMNO sedia perangi persepsi

LocalPolitics
23 Aug 2024 • 4:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azalina

KUALA LUMPUR - Penerangan UMNO akan memberi penekanan khusus kepada penguasaan politik digital dalam bersaing dengan peperangan persepsi yang semakin sengit.

Ketuanya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, beberapa inisiatif akan diambil, termasuk mengadakan kelas komunikasi digital, penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kempen digital bersepadu.

Menurutnya, pelaksanaan inisiatif itu diyakini dapat mengukuhkan lagi kedudukan dan mengangkat imej parti, seterusnya memenangi hati rakyat terutamanya generasi muda.

“Penerangan UMNO akan memberi penekanan khusus kepada penguasaan politik digital seperti yang diutarakan oleh presiden dalam ucapan dasarnya.

“Bagi pelaksanaan masterclass komunikasi digital, kita akan tawarkan modul latihan komunikasi digital untuk melatih lebih ramai jentera penerangan parti di peringkat akar umbi.

“Kita mahu mereka berupaya memahami propaganda dan menghasilkan kandungan yang berkualiti dan berwibawa bagi menarik perhatian rakyat serta menyebarkan mesej-mesej parti dengan lebih efektif,” katanya.

Tambah Azalina, pihaknya juga akan memanfaatkan AI untuk mengenal pasti trend dan sentimen pengundi dengan lebih tepat dan bersasar.

Secara tidak langsung katanya, ia akan membantu dalam menyusun strategi komunikasi yang lebih berkesan dan responsif terhadap perubahan persepsi rakyat.

“Penerangan UMNO juga akan melancarkan kempen digital secara bersepadu dan strategik dengan memanfaatkan pelbagai platform media sosial terkini.

“Kita akan mempelbagaikan bentuk kandungan yang sentiasa relevan dengan trend semasa seperti siri podsiar #HitamPutihKelabu (HPK) dan chatbot yang dijana oleh AI boleh menjelaskan isu-isu semasa pada bila-bila masa sahaja,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved