UMNO Serah Pada SPRM Kes Melibatkan Ismail Sabri

LocalPolitics
9 Mar 2025 • 3:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
UMNO Ismail Sabri Zahid Hamidi

UMNO menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut laporan Malaysiakini, perkara ini adalah berkaitan dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang kecoh diperkatakan sejak minggu lepas.

UMNO hormati proses siasatan

image is not available

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti itu tidak terlibat dalam siasatan dan percaya SPRM akan menjalankan tugas dengan adil dan profesional tanpa sebarang campur tangan politik.

Saya sendiri pernah melalui perkara yang sama. Akhirnya, keadilan dapat ditegakkan dan saya harap perkara yang sama akan berlaku di mahkamah.

Wang tunai RM170 juta ditemui

image is not available

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa Ismail Sabri yang pada mulanya hanya saksi, kini menjadi suspek dalam kes ini.

Ia susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah ‘safehouse’ ketika serbuan SPRM.

SPRM kini sedang menyiasat sumber wang tersebut dan sama ada ia mempunyai kaitan dengan sebarang penyalahgunaan kuasa atau transaksi meragukan.

#ApaKataOhmedia

Sebagai rakyat, kita perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan telus. Jangan mudah terpengaruh dengan spekulasi atau berita tidak sahih sebelum keputusan rasmi diumumkan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Malaysiakini


The post

appeared first on

.