Umno Sipitang diarah siap siaga

Politics
6 May 2024 • 1:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

SIPITANG: Jentera Umno Sipitang diarah untuk siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 yang dijangka diadakan tahun hadapan.

Ketua Bahagiannya Abd Rahman Mat Noh berkata demikian dalam mesyuarat Jawatankuasa Bahagian di sini pada Rabu selain mengingatkan Umno wajar merampas kembali kerusi di kawasan Lumadan dan Sipitang.

“Saya menyeru agar semua jentera parti bersiap siaga untuk menghadapi PRN yang datang bagi memastikan Umno kembali memegang tampuk pemeritahan Kerajaan,” katanya.

Disamping itu juga beliau amat menghargai kesetiaan ahli-ahli dan jawatankuasa yang terus kekal bersama dan memilih Umno sebagai landasan perjuangan.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Terus terang saya katakan walaupun ada mendapat tawaran dan pujukan untuk menyertai parti lain namun kesetiaan saya pada parti tidak akan pernah goyah,” katanya.

“Solidariti dan bukti kemantapan Umno di P178 Sipitang ini akan terlihat nanti apabila berlangsungnya Mesyuarat Cawangan secara berkelompok dilaksanakan sepanjang bulan Mei nanti,” tambahnya.

Beliau juga berharap agar jawatankuasa bahagian tidak leka dan lalai menghadapi parti lawan serta jangan menganggap remeh kekuatan lawan.

“Mereka harus bijak menangani dan menjawab mana-mana isu yang dimainkan oleh pihak lawan,” katanya.

Abd Rahman yang juga Pengerusi Giat Mara Sipitang berkata semua barisan pimpinan Umno perlu menjelaskan dengan bijak mana-mana isu yang dibangkitkan oleh parti lawan.

Justeru itu beliau juga menyeru agar Pemuda dan Puteri terus bekerja bagi mendaftarkan mereka yang belum menyertai Umno bermula dari usia 18 tahun.

“Wanita, Pemuda dan Puteri Umno merupakan tulang belakang bagi menjadikan umno terus kukuh dan kuat yang saling bekerjasama antara satu dengan lain,” katanya.

Abd Rahman berkata mereka ini wajar mendekati anak-anak muda dan memperjelaskan perjuangan sebenar Umno dan menyatakan pendirian parti untuk menarik mereka menyertainya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article