UMNO sokong kerajaan perpaduan yang bukan diterajui PN

Politics
24 Nov 2022 • 1:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya BN menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat MKT UMNO malam ini, mereka juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal diperkenankan oleh Tuanku.

"MKT memperkukuhkan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus kekal sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO," kata kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved