UMNO syukur Titah Adendum sah, mohon tahanan rumah ke atas Najib dilaksana

LocalPolitics
11 Jul 2025 • 11:36 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

UMNO menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT susulan pengesahan rasmi oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kewujudan Titah Addendum yang memperuntukkan pelaksanaan penahanan di rumah bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

UMNO syukur Titah Adendum sah

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengesahan tersebut bukan sahaja membuktikan kewujudan dokumen berkenaan, malah memperakui titah yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“UMNO merafak sembah memohon ampun dan ihsan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim) agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan selaras dengan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available

Foto hiasan: FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Titah Adendum sah, mohon tahanan rumah

Menurut Dr Asyraf, parti itu berharap agar keampunan dan pertimbangan Yang di-Pertuan Agong dapat membolehkan Najib menerima keringanan hukuman yang tertangguh sejak lebih setahun lalu.

“Semoga dengan limpah kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan membolehkan Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mendapat keringanan hukuman yang telah tertunda lebih setahun lalu. Daulat Tuanku,” ujarnya.

Pada Rabu, AGC tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum dikatakan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

image is not available

Foto: Malay Mail

Untuk makluman, Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.