UMNO tidak boleh bernostalgia dengan kejayaan silam - Ismail Sabri

Politics
30 Jun 2024 • 5:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismail Sabri (kanan) menyantuni pewakilan yang hadir.

image is not available
Ismail Sabri ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera 2024 di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera di sini pada Ahad.

image is not available
Ismail Sabri (tengah) bersama perwakilan yang hadir .

BERA - UMNO tidak boleh bernostalgia dengan kejayaan silam kerana hari ini terbukti orang Melayu semakin menjauhkan diri daripada parti tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pilihan raya umum di enam buah negeri telah membuktikan hanya 20 peratus orang Melayu masih bersama UMNO.

Menurutnya, yang mampu mengembalikan kekuatan tersebut adalah di peringkat akar umbi di bahagian dan cawangan dengan terus mendekati komuniti setempat khususnya golongan muda.

"UMNO perlu menarik kembali pengundi teras (Melayu) terutama pengundi 18 tahun yang sukar untuk dikesan.

"Golongan muda ini amat bergantung kepada media sosial dan platform ini harus dikuasai sepenuhnya oleh jentera parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera 2024 di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera di sini pada Ahad.

Ujar Ismail Sabri, sesungguhnya tonggak kekuatan parti itu adalah di bahagian dan cawangan kerana mereka berada bersama masyarakat sekeliling.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!