UMNO tolak pelawaan Tun Mahathir – “Nak bersatu, biar datang dari hati ikhlas”

LocalPolitics
6 Jun 2025 • 10:19 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tolak pelawaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai gerakan politik baharu.

Menurut Dr Akmal, keputusan itu dibuat kerana parti itu tidak akan melupakan sejarah cubaan untuk mengharamkan UMNO yang dilakukan oleh ‘individu yang sama’ ketika mempunyai kuasa.

Tolak pelawaan

image is not available

“Terima kasih Tun, kami menghargai pelawaan itu. Tetapi kami masih tidak lupa apa yang terjadi. Orang yang sama juga pernah mahu mengharamkan UMNO ketika mereka berada di tampuk kuasa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, pada Khamis.

Tegas Dr Akmal lagi, sekiranya Tun Mahathir mahu menyatukan semula orang Melayu, ia sepatutnya datang dari hati yang ikhlas dan bukan disebabkan untuk mendapatkan jawatan atas kepentingan sendiri.

Tolak pelawaan

image is not available

“Kini bila tiada kuasa, lain pula gayanya.

“Nak bersatu bangsa ini, biarlah datang dari hati yang ikhlas kerana sayangkan agama bangsa, bukan hanya semata-mata ingin mendapatkan jawatan untuk diri sendiri,” ujarnya.

Dr Mahathir menjelaskan Sekretariat Orang Melayu ditubuhkan hasil perbincangan bersama pimpinan Perikatan Nasional dengan tujuan menyatukan orang Melayu dan mengembalikan kuasa politik mereka.

image is not available

Susulan itu, beliau menjemput ahli UMNO untuk menyertai gabungan ini bukan atas kapasiti parti, tetapi atas dasar perjuangan Melayu.

Bagaimanapun, penubuhan Sekretariat Orang Melayu itu mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak termasuklah pemimpin tempatan tanah air.

Sumber: Facebook @Akmal Saleh