
Kota Kinabalu: Majlis Wanita Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) menyelar pertandingan lelaki berpakaian tradisional wanita baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai “keterlaluan dan tidak sesuai.”
Pertandingan itu yang tular di media sosial dan dikatakan diadakan di Keningau, menunjukkan beberapa lelaki berpakaian tradisional wanita.
Pengerusinya Joanna Datuk Kitingan berkata ia memperolok-olokkan gelaran Unduk Ngadau (UN), yang bukan sahaja telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tetapi juga suatu istilah keramat yang diwariskan secara lisan berdasarkan Kepercayaan Bobohizan.

