
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta sejarah tersendiri apabila akhirnya melahirkan enam doktor pakar kesihatan awam untuk negara.
Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata, keenam-enam itu merupakan graduan sulung Program Pascasiswazah Kesihatan Awam (DrPH) diperkenalkan di bawah Fakulti Perubatan dan Kesihatan Awam (FPSK) UMS.
