UMT giat jalankan kempen demi alam sekitar

LocalEnvironment
20 Aug 2024 • 3:23 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Tiga mahasiswa membawa bekas makanan sendiri dalam usaha mengurangkan pencemaran plastik. Foto: UMT

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini giat menjalankan kempen larangan penggunaan bekas makanan plastik sekali guna dalam kalangan mahasiswanya.

Kempen itu diperkenalkan sebagai langkah untuk melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran plastik yang menjadi topik perbincangan hangat ketika ini.

Bagi menyokong pelaksanaan itu, Ketua Pusat Pengurusan Lestari UMT, Profesor Madya Dr Chia Poh Wai berkata, pihak universiti telah menyediakan alternatif iaitu menyediakan bekas makanan yang boleh digunakan semula serta menggalakkan warga kampus membawa bekas makanan sendiri ketika mengunjungi kafeteria.

Katanya, universiti juga mengadakan kempen kesedaran bagi mendidik penuntut dan staf tentang kepentingan mengurangkan penggunaan plastik serta implikasi negatifnya terhadap alam sekitar.

image is not available
Foto: UMT

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Profesor Ts Dr Mohd Zamri Ibrahim menyifatkan, kempen itu adalah sebahagian daripada komitmen universiti untuk menyokong Agenda Pembangunan Lestari 2030 yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Larangan (bekas makanan sekali guna) ini bukan sahaja melibatkan kafeteria di universiti tetapi juga akan diperkenalkan dalam seluruh acara dan aktiviti yang diadakan di kampus.

“Ia bukan sahaja untuk kebaikan mahasiswa sekarang tetapi juga demi generasi akan datang,” tuturnya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved