“Umur 61 Tahun Pun Buat” – Makin Merisaukan, Korea Perkenal Pembedahan Iris Mata

Health & Fitness
18 Apr 2024 • 3:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Korea sememangnya sinonim dengan kemajuan dalam sektor pembedahan plastik kan?

Tapi korang mesti tergamam kalau dengar bahawa ada suatu pembedahan kecantikan yang kian trending di sana kini di mana ia melibatkan iris mata! Malah tular dalam laman komuniti mengenai isu ini. Katanya,

Pembedahan lingkaran mata. Hidup dengan anak mata yang besar seumur hidup! Pembedahan lingkaran mata.

Menurut penjelasan dalam entri itu, pembedahan berkenaan merupakan prosedur membesarkan mata dengan memasukkan lingkaran bulat sekeliling anak mata bagi memberikan efek yang besar. Malah katanya, ia merupakan dapatan selepas 7 tahun penyelidikan dan dipaten secara global.

image is not available

Testimoni seorang pelanggan yang mendapatkan prosedur ini,

Saya sudah melakukannya dua minggu lalu dan saya berusia 61 tahun. Saya terasa seperti semakin muda selepas menjalani pembedahan ini. Anak mata saya lebih besar dan jelas, membuatkan wajah saya tampil muda dan lembut.

Komen netizen lain pada entri tersebut,

  • Mereka gila ke?
  • Pakai je lah lens.
  • Kalau awak nak guna mata seperti itu, apa kata dermakan je.
  • Nampak macam bahaya je.
  • Tak nampak cantik pun.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article