Umur 7 tahun cipta sejarah jadi guru yoga termuda di dunia, Praanvi Gupta terima pengiktirafan dunia

15 Mar 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KETIKA usianya memasuki tiga tahun enam bulan, si kecil bernama Praanvi Gupta sudah belajar dan berlatih senaman yoga bersama ibunya.

Terbaharu, anak kelahiran India itu mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pengajar yoga bertauliah termuda di dunia.

Menurut laporan UPI, kanak-kanak perempuan tujuh tahun berkenaan mendapat pengiktiran Rekod Dunia Guinness sebagai pengajar yoga wanita paling muda di dunia.

Malah, kebolehan Praanvi turut diperakui Pertubuhan Perikatan Yoga apabila kejayaannya menamatkan kursus latihan guru senaman itu selama 200 jam.

image is not available
SENI DAN FALSAFAH YOGA

Kepada portal berkenaan, Praanvi berkongsi perjalanan yoga menerusi laman YouTube, Learning with Praanvi.

Pada masa sama, beliau ingin mendidik orang ramai tentang seni dan falsafah yoga.

image is not available

“Saya mahu menyebarkan rasa cinta terhadap aktiviti yoga kepada seramai mungkin.

“Perjalanan ini bukanlah mudah. Dengan sokongan daripada guru dan ibu bapa, saya gembira kerana berjaya menamatkan dan lulus peperiksaan kelayakan Kursus Latihan Guru Yoga,” ungkapnya.

image is not available

PELAJAR PALING PINTAR

Pengarah Perubatan dan Pengamal Ayurveda, Dr Seema Kamath yang juga gurunya berkata: “Praanvi ialah seorang pelajar yang sangat bersemangat dan memiliki kesanggupan untuk belajar.

“Beliau seorang anak yang diberkati dan menjadi salah seorang pelajar paling pintar yang pernah saya temui pada usia ini. Dia sangat prihatin dan berdedikasi dalam semua kelas.”

image is not available

Untuk rekod, seorang lagi kanak-kanak dari India, Reyansh Surani pernah diiktiraf sebagai pengajar yoga lelaki paling muda di dunia.

Reyansh ketika itu berusia sembilan tahun apabila menerima pengiktirafan daripada Rekod Dunia Guinness pada Julai 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

View Original Article