Umur Baru 10 Tahun, Hayla Dah Ada Kedai Sendiri Lepas Jualan Cecah RM100k

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2025 • 2:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Wawa Zainal meluahkan rasa syukur apabila perniagaan anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, berjaya mencatat jualan mencecah RM100,000 dalam tempoh kurang sebulan. Pencapaian itu diraikan sempena ulang tahun kelahiran Hayla yang ke-10 baru-baru ini.

Menurut Wawa, kejayaan tersebut cukup membanggakan kerana Hayla masih kecil tetapi sudah memiliki bisnes sendiri,

Kami hadiahkan kedai untuk Hayla supaya dia lebih fokus. Selepas ini, kami juga akan ambil pekerja untuk bantu uruskan perniagaan.

image is not available

Kedai berkenaan bakal beroperasi di Seksyen 5, Bangi. Selain kedai, Hayla turut menerima wang tunai RM3,000 daripada ibu bapanya. Menariknya, Hayla berniat menggunakan sebahagian hadiah tersebut untuk membantu golongan memerlukan.

Wawa dalam masa sama mendoakan agar anaknya itu membesar sebagai anak solehah yang beradab dan terus menjadi kebanggaan keluarga. Untuk rekod, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata.

image is not available 2024-12-02 11:07:19

"Ini Untuk Masa Depan Mereka" - Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hadiahkan Kondominium Untuk Anak-Anak