Umur hampir 80 tahun tak halang sertai Malaysia #QuranHour

30 Aug 2023 • 6:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Maznah akui mula mengikuti Malaysia #QuranHour sejak tahun 2017.

PUTRAJAYA - Walaupun usia sudah mencecah hampir 80 tahun, ia bukan penghalang untuk turut bersama-sama menyertai program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurut Maznah Ishak, 79, dia mula mengikuti program berkenaan sejak tahun 2017 kerana baginya pengisian acara itu merupakan persediaan dan bekalan bagi menghadapi kehidupan selepas mati.

“Biasanya saya mengikuti program ini secara dalam talian dan ada beberapa kali turut bersama-sama secara fizikal. Sebagai seorang yang sudah lanjut usia, majlis seperti ini merupakan ‘peneman’ setia hari-hari saya.

“Boleh saya katakan bahawa setiap hari, saya akan melayari laman web Sinar Harian untuk melihat semula episod-episod terdahulu supaya tidak terlupa tentang ilmu yang disampaikan,” katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Tambah Masnah, kehadirannya pada hari ini ditemani oleh ahli keluarga.

Katanya, dia sentiasa mengajak anak-anak dan cucu untuk bersama-sama mengikuti Malaysia #QuranHour kerana ia mengandungi ilmu kehidupan yang boleh diterapkan seumur hidup.

“Pembentukan peribadi yang baik adalah bermula daripada pendedahan al-Quran dan lebih baik sekiranya kalau kita dapat memahami makna di sebalik setiap surah kerana ia ada pengajaran yang tersendiri.

“Sebagai seorang yang sudah lanjut usia, saya ingin menasihati anak-anak muda untuk turut melibatkan diri dalam program ini. Anak muda pada hari ini sepatutnya bersyukur kerana kebelakangan ini banyak program agama diterbitkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved