“Umur Kami Tak Jauh Beza, Tapi Allah Lebih Sayangkan Dia..” – Shamsul Terkilan Tak Dapat Hadir Ke Pengebumian Allahyarham Hamdan

8 Jan 2024 • 11:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak dapat hadir ke majlis pengebumian arwah sahabat dikeranakan kerja, Shamsul Ghau Ghau menyatakan rasa terkilan dan sedih.

Ada komitmen kerja

Kata Shamsul, dirinya tidak dapat melihat Allahyarham Hamdan dikebumikan buat kali terakhir kerana dirinya ada komitmen kerja sebagai pengacara di program Pentas Marhaban tempoh hari.

Saya sangat terkilan kerana tidak ada bersama dengannya buat kali terakhir.

Saya minta kawan-kawan tolong update di Whatsapp group. Saya tak dapat hadir tapi dapat tengok.

Kehilangan arwah mengejutkan

Bukan itu sahaja, Shamsul turut akui dirinya tidak tahu tentang penyakit yang dihidap arwah. Dirinya amat terkejut apabila menerima berita kehilangan sahabatnya itu memandangkan mereka bersama ahli Senario yang lain sangat akrab.

Memang terasa, kami dulu buat semua benda sama-sama. Umur kami tak jauh, saya 55, Hamdan pula 54, tetapi Allah lebih sayangkan dia.

Pada 31 Disember lalu, Allahyarham Hamdan telah ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas disahkan ada jangkitan kuman dalam darah sebelum meninggal dunia pada 5 Januari.

image is not available 3 days ago

"Apa Kami Harapkan Hanyalah Keajaiban.." - Masih Mengenangkan Arwah Sahabat, Azlee Jaafar Sebak Kehilangan Hamdan