UMW Toyota catat jualan 7,480 unit kenderaan pada Februari 2024

Cars
7 Mar 2024 • 12:52 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

UMW Toyota catat jualan 7,480 unit kenderaan pada Februari 2024

zulfadli

07/03/2024 - 12:52

KUALA LUMPUR 7 Mac - UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatat jualan kenderaan sebanyak 7,480 unit, yang mana ia terdiri daripada 7,347 unit untuk Toyota dan 133 unit untuk Lexus.

UMWT berkata, dengan pencapaian itu, jumlah jualan tahunan hingga kini setakat Februari 2024 kini berjumlah 13,756 unit.

Katanya, UMWT baru-baru ini menganjurkan acara Beyond Zero, pameran 9 hari inovasi termaju sejajar dengan usaha global Toyota untuk keberkecualian karbon menjelang 2050.



"Acara tersebut menampilkan rangkaian kenderaan inovatif, termasuk Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV), Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), dan teknologi Hydrogen Fuel Cell (FCEV), yang mempamerkan komitmen Toyota untuk memajukan inovasi dan memupuk ekosistem hijau dan rendah karbon untuk semua warganegara Malaysia.

"Acara ini menandakan peristiwa penting dalam perjalanan Toyota ke arah mobiliti mampan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, acara Beyond Zero bukan sahaja mempamerkan kenderaan tetapi visi untuk masa depan yang mampan dan bersambung.

"Ketika kami memperkenalkan Van Panel Hiace yang dinaik taraf, kami mengukuhkan janji untuk menyediakan bukan sahaja kenderaan berkuasa tetapi juga pengalaman pemanduan lebih hijau dan bersih, bukan sahaja dalam kenderaan penumpang tetapi dalam barisan komersial kami juga," katanya.

image is not available
Datuk Ravindran K

Menurut kenyataan itu, pada 1 Mac 2024, tumpuan tertumpu pada Toyota Hiace Van Panel 3.0 IMP2024 yang dinanti-nantikan, kini dibuka untuk tempahan, memperkenalkan peningkatan yang besar.

Katanya, enjin 3.0 liter yang dipertingkatkan, beralih daripada 2.5L sebelumnya, sejajar dengan piawaian pelepasan Euro 4, memastikan pelepasan lebih bersih sejajar dengan komitmen syarikat terhadap ekosistem rendah karbon.

image is not available

"Penambahbaikan ini kini memberikan 136 PS pada 3400 rpm, bersama-sama dengan tarikan tork 300 Nm pada 1200 – 2400 rpm, memberikan beban yang mudah dibawa," katanya.

Katanya, selaras dengan komitmennya untuk meningkatkan pengalaman membeli, UMWT memperkenalkan promosi "Journey of Reflections", menawarkan pelanggan pembiayaan sehingga 100% untuk model terpilih.

"Pembeli kereta boleh menikmati penjimatan promosi yang luas, termasuk sehingga RM5,500 untuk Yaris baharu dengan ansuran pembelian bulanan bermula dari hanya RM688 untuk Vios serba baharu. Program Toyota Service Savers seterusnya menawarkan ansuran bulanan yang mudah bermula dari serendah RM18," katanya. - DagangNews.com