UMWT jamin kekal piawaian kualiti tinggi kereta Toyota

Business & Finance
22 Dec 2023 • 1:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ravindran (gambar kecil) berkata, syarikat itu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani isu keselamatan secara telus.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memberi jaminan mengekalkan piawaian dan kualiti tinggi dalam setiap kenderaan keluarannya di negara ini.

Presiden UMWT, Datuk Ravindran K berkata, syarikat itu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani isu keselamatan secara telus melibatkan semua model kenderaan yang sedang dalam pengeluaran.

"Jangan bimbang, kami sedang berusaha untuk memastikan semua kenderaan kami di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

"Kepercayaan pelanggan sangat penting dan kami berazam untuk mengukuhkan keyakinan selain kepuasan mereka sentiasa menjadi fokus utama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Media pada Khamis melaporkan, subsidiari Toyota Motor Corporation (TMC), Daihatsu Motor Co Ltd telah menangguhkan sementara penghantaran semua model yang sedang dalam pengeluaran di Jepun dan luar negara berikutan penemuan isu keselamatan.

Perkara tersebut turut memberi kesan kepada tiga model Toyota yang diedarkan oleh UMWT di Malaysia.

Kumpulan itu berkata, Daihatsu telah mentauliahkan siasatan kepada jawatankuasa pihak ketiga bebas berhubung isu prosedur dan mendapati masalah pada 174 item dalam 25 kategori ujian, di samping ketidakteraturan lapisan pintu pada April termasuk semasa ujian perlanggaran sisi pada Mei lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved