Unboxing dan Acara IRL: Pop Mart Mendekati Pengumpul Mainan di Asia Tenggara Menerusi Lazada

LocalBusiness & Finance
25 Jun 2025 • 5:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Unboxing dan Acara IRL: Pop Mart Mendekati Pengumpul Mainan di Asia Tenggara Menerusi Lazada

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2025 — Fenomena kotak kejutan kini menjadi kegilaan mainstream di Asia Tenggara, dan Pop Mart berada di barisan hadapan dalam trend ini dengan meningkatkan permintaan dengan IP eksklusif, koleksi yang menjadi buruan, dan juga acara peminat di dunia sebenar. Jenama mainan global ini – yang dikenali ramai menerusi watak ikonik seperti MOLLY, DIMOO dan SKULLPANDA – kini memanfaatkan LazMall oleh Lazada untuk berhubung secara lebih dekat dengan jutaan peminat di seluruh rantau melalui jualan mengejut, sesi unboxing dan acara komuniti.

Menerusi LazMall, Pop Mart kini dapat mendekati peminat dengan cara yang lebih langsung dan diperibadikan. Sejak menyertai platform ini pada tahun 2023, Pop Mart telah mencatat pertumbuhan lebih 5 kali ganda, menjadikannya salah satu jenama mainan yang paling pesat berkembang di LazMall — bukti jelas akan daya tarikan dunia koleksi dan penceritaan watak di rantau ini.

Daripada sesi unboxing secara langsung hinggalah pelancaran produk yang dipacu data, kejayaan Pop Mart mencerminkan bagaimana penemuan digital dan semangat peminat bergerak seiring. Pasaran global bagi koleksi kotak kejutan dijangka mencecah AS$ 38.4 bilion menjelang 2031 — lonjakan yang didorong oleh pengumpul Gen Z dan milenial yang mencari keunikan, keterikatan emosi, dan sentuhan nostalgia.

image is not available
TheMonsters Curi Tumpuan: Kreatur Unik POP MART Terus Menjadi Perhatian – Kini Tersedia di LazMall menerusi Lazada

“Sama ada kerana keterujaan menanti kejutan atau kegembiraan menemui watak kegemaran, pengumpul kami mahukan lebih daripada sekadar mainan — mereka mencari penceritaan,” kata jurucakap Pop Mart. “Dengan Lazada, kami dapat menyampaikan penceritaan ini dengan cara yang lebih lancar.”

Pelancaran Eksklusif Global pada Bulan Jun

Bulan ini, Pop Mart bakal melancarkan dua figura edisi terhad global MOLLY dan Zsiga, sambil turut memperkenalkan plush toy SKULLPANDA generasi kedua — menampilkan versi lembut dan boleh dipeluk bagi watak kegemaran ramai ini.

Semua produk ini akan tersedia di LazMall oleh Lazada mulai Jun 2025. Pop Mart turut merancang untuk meningkatkan tahap stok serta keterlihatan di kedai rasmi LazMall bagi memenuhi permintaan peminat.

image is not available
Menerusi LazMall, POP MART kini dapat menjangkau peminat dengan cara yang lebih langsung dan hiper-disesuaikan. Seperti siri kegemaran peminat POP MART, Space MOLLY ‘terbang tinggi’ dalam arah baharu yang menakjubkan, menawarkan koleksi edisi terhad eksklusif untuk khalayak terpilih.

Di Mana Komuniti Bertemu Komersial

Di Lazada, peminat Pop Mart bukan sekadar membeli — mereka meneroka dan menyelami dunia koleksi dengan sepenuhnya. Dengan bantuan cadangan berkuasa AI dan cerapan khusus mengikut rantau, jenama ini merancang pelancaran produknya berdasarkan apa yang paling digemari pengumpul di setiap pasaran. Contohnya, SKULLPANDA merupakan kegemaran luar biasa di Thailand, manakala DIMOO menambat hati peminat di Malaysia.

Pengumpul juga dapat menikmati penghantaran yang pantas, di mana 85% pesanan di bandar utama Asia Tenggara seperti Bangkok dan Manila dijamin sampai dalam masa 48 jam selepas pengesahan pesanan. Koleksi ini juga dihantar dalam bungkusan khas tahan hentakan untuk memastikan ia tiba dalam keadaan sempurna dan layak dikumpul. Pelanggan turut boleh menjejak bungkusan mereka secara masa nyata menerusi Aplikasi Lazada.

Pop Mart bukan sekadar mainan, ia mencerminkan gaya hidup mewah dan eksklusif, dipacu oleh semangat peminat dan pencipta kandungan. Lebih satu pertiga (34%) jualannya di Lazada kini dijana oleh ahli gabungan di Asia Tenggara — termasuk penyiar langsung, pengulas mainan, dan pencipta kandungan yang menghidupkan dunia Pop Mart melalui sudut pandangan mereka. Kandungan mereka yang menarik, ulasan watak secara mendalam, dan video unboxing bukan sahaja membantu menjual — malah turut membina komuniti dan memartabatkan hobi mengumpul sebagai gaya hidup yang dikongsi bersama.

image is not available
Gaya Gelap dan Anggun: SKULLPANDA Gabungkan Elemen Berani dan Elegan dalam Bentuk Koleksi. Setiap koleksi dihantar dalam pembungkusan khas kalis hentakan bagi memastikan ia tiba dalam keadaan sempurna dan sesuai untuk pengumpul, dengan nombor penjejakan tersedia secara masa nyata melalui aplikasi Lazada.

Membawa Pengalaman ke Dunia Nyata

Peminat tempatan boleh menantikan keajaiban Pop Mart secara langsung sempena acara Lazada x Pop Mart 5KM Run yang akan berlangsung pada 12 Oktober 2025. Acara komuniti ini menggabungkan elemen kecergasan, muzik, dan fandom, di mana Pop Mart akan menampilkan reruai eksklusif yang mewujudkan ruang interaktif untuk peminat budaya pop bertemu watak ikonik sambil menikamti keterujaan budaya trend dan keunikan penceritaan jenama.

Pengalaman IRL seperti ini merupakan sebahagian daripada strategi Pop Mart untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan komuniti – secara dalam talian dan luar talian.

“Dunia Pop Mart dibina atas asas kreativiti dan hubungan,” kata Kaya Qin, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Lazada. “Menerusi platform Lazada, jenama seperti Pop Mart dapat memberi inspirasi dan melibatkan generasi baharu pengumpul dengan penceritaan yang melangkaui saluran digital.