‘Uncle Wong’, ‘Dak Nor’ iringi calon BN Duyong

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 11:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Uncle Wong’, ‘Dak Nor’ iringi calon BN Duyong

MELAKA – Pusat penamaan calon kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong di Dewan Kompleks Japerun Duyong di sini meriah dengan kehadiran penyokong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang mula berkumpul seawal pukul 8 pagi.

Mohd. Noor Helmy, 45, yang merupakan penyandang DUN tersebut tiba di dewan berkenaan kira-kira pukul 8.35 pagi.

Antara individu yang hadir memberi sokongan kepada Mohd. Noor Helmy atau mesra dipanggil ‘YB Duyong’ yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) adalah dua figura yang cukup dikenali iaitu ‘Uncle Wong’ dan ‘Dak Nor’.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut berada di pusat penamaan calon bagi mengiringi Mohd. Noor Helmy.

Bekas Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka itu bakal berdepan dengan calon Pakatan Harapan (PH), Poo Long Suan yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Aduan DAP Melaka.

Pada PRN Melaka ke-15, Mohd. Noor Helmy mencatatkan kemenangan mengejut ke atas penyandang ketika itu, Damian Yeo Shen Li daripada parti DAP dengan majoriti tipis sebanyak 200 undi. – BERNAMA

 

The post ‘Uncle Wong’, ‘Dak Nor’ iringi calon BN Duyong appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved