Undang-undang lebih tegas diperlukan untuk memerangi ancaman dadah dalam talian

LocalPolitics
13 Sep 2025 • 11:13 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Perikatan Komuniti Selamat menggesa penggubal dasar supaya meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) bagi membanteras ancaman penjualan dadah dalam talian yang semakin membimbangkan.

Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata sindiket dadah kini semakin giat menggunakan platform dalam talian, aplikasi berciri inskripsi serta media sosial untuk mempromosi dan menjual dadah, dengan golongan belia menjadi sasaran utama.

“ADB yang digubal lebih 70 tahun lepas tidak lagi mencukupi untuk menangani kaedah baharu ini. Pengukuhan undang-undang amat mendesak bagi memperkasakan agensi penguatkuasaan dengan peruntukan lebih kuat, melindungi golongan muda dan rentan serta menutup segala kelompongan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata peruntukan lebih jelas juga akan mengukuhkan penguatkuasaan dan pendakwaan, sekali gus membolehkan pihak berkuasa mendapatkan sabitan terhadap pesalah.

“Penyalahgunaan dan pengedaran dadah masih lagi antara ancaman paling serius terhadap keselamatan negara, kesihatan awam serta kesejahteraan keluarga. Ia merosakkan kehidupan, menyuburkan jenayah dan melemahkan masyarakat. Keselamatan rakyat, khususnya belia, mesti menjadi keutamaan negara,” tambahnya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved