
Undi 15-2, ICJ Berpihak Kepada Afrika Selatan Dalam Kes Terhadap Israel
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengumumkan keputusan yang berpihak kepada Afrika Selatan dalam kes yang dibawa negara itu terhadap Israel.
Keputusan itu diumumkan oleh Presiden ICJ, Joan Donoghue dalam satu kenyataan semalam.
Menurut AFP, ICJ mengarahkan Israel agar mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai daripada berlaku di Semenanjung Gaza.
Selain itu, ICJ juga mengarahkan Israel agar memudahkan proses penghantaran bekalan bantuan yang diperlukan ke wilayah itu.
Donoghue turut mendedahkan proses yang dilalui untuk mencapai keputusan tersebut dan bagaimana para juri membuat undian.
Menurut Donoghue, mahkamah mendapat undi 15-2 untuk perintah agar Israel mengambil semua langkah yang perlu dalam kuasanya untuk menghentikan apa-apa tindakan yang ada kena-mengena dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Dengan keputusan 16-1 pula, mahkamah mengundi bahawa Israel perlu mengambil semua langkah yang ada dalam kuasanya untuk menghalang dan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat menghasut pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Selain itu, keputusan 16-1 juga diperolehi untuk undi yang memerintahkan Israel mengambil tindakan segera dan efektif dalam penyediaan bantuan kemanusiaan mendesak dan perkhidmatan asas.
Mahkamah juga mengarahkan Israel mengambil langkah segera dan efektif untuk menghalang kemusnahan dan memelihara bukti-bukti yang ada kena-mengena dengan siasatan antarabangsa.
ICJ kemudian memberikan tempoh selama 30 hari kepada Israel untuk melaporkan semula semua langkah-langkah yang diambil.
Presiden Israel, Benjamin Netanyahu dilapor menolak keputusan yang diumumkan oleh ICJ.
The post Undi 15-2, ICJ Berpihak Kepada Afrika Selatan Dalam Kes Terhadap Israel appeared first on Siakap Keli.





