Undi awal: Pegawai, anggota polis diminta laksana proses demokrasi

LocalPolitics
7 Aug 2023 • 4:57 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR - Pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, diminta melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata mengundi adalah hak yang diamanahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ditunaikan.

“Ini merupakan satu manifestasi kepada rakyat bahawa PDRM mendokong proses demokrasi dalam mengundi. Oleh itu, sila laksanakan akauntabiliti mengundi semua warga PDRM yang terlibat,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Polis Negara (KPN) sempena PRN di Bukit Aman di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan anggota dan pegawai polis yang terlibat dengan penugasan dalam tempoh kempen dan hari mengundi pada Sabtu ini agar melaksanakan amanah itu dengan penuh dedikasi dan berhemah.

“Warga PDRM diminta mengekalkan tahap profesional yang tinggi dan kawal emosi ketika berhadapan dengan sebarang bentuk provokasi,” katanya.

Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundian awal akan melibatkan 49,660 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terlibat PRN.

Bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu pula seramai 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal.

SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN di enam negeri serta PRK Kuala Terengganu pada 8 Ogos, manakala hari pengundian pada 12 Ogos ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari hingga 11.59 malam pada 11 Ogos. - 7 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved