“Undi Kau Untuk Keluarkan Duit Sendiri? Kau Sekolah Tak?” – Boleh Keluar KWSP Jika PN Menang, Muhyiddin Ditempelak Netizen

Politics
7 Nov 2022 • 2:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa sekiranya parti pimpinannya itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, mereka akan mempertimbangkan semula pelaksanaan pengeluaran KWSP bersasar.

Perkara tersebut diumumkan oleh beliau ketika pelancarakan PN Best yang merangkumi semua manifesto yang ditawarkan parti berkenaan bersempena dengan PRU15.

Jelas beliau, perkara itu akan dipertimbangkan semula selepas beliau menerima keluhan rakyat yang memintanya untuk menyuarakan hal-hal berkaitan dengan simpanan KWSP.

Insya-Allah, bila mana kita menang, antara perkara yang kita akan lihat semula ialah KWSP bersasar.”

Bagaimanapun, manifesto beliau itu tidak dipersetujui kebanyakan warganet di Twitter yang mengkritik dan menempelak Muhyiddin serta parti pimpinannya kerana KWSP itu adalah duit rakyat.

Ramai yang turut mempersoalkan mengapa mereka perlu mengundi sesebuah parti hanya kerana ingin mengeluarkan duit simpanan hasil titik peluh mereka sendiri.

Cuba bagi masuk akal. Dah kenapa undi kau supaya rakyat dapat keluar duit sendiri?”

image is not availableimage is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"B*doh Penyokong PAS" - 'Tweet' Lama Dibongkar, Wan Fayhsal Teruk Dikecam Netizen