Undi18: KBS Semak, Susun Program Pendidikan Literasi Politik - Adam Adli

Politics
27 Jan 2023 • 1:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Adam Adli berkata program literasi itu adalah bagi melahirkan pengundi yang berkualiti dengan pemikiran kritis untuk melihat politik melalui kaca mata yang objektif. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia terutamanya yang telah tamat pengajian persekolahan susulan Undi18.

Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim berkata bagi mencapai kefahaman politik kepada golongan itu, pihaknya akan memastikan konsep, modul, pendekatan dan strategi program tersebut menarik dan segar.

image is not available
Adam Adli Abdul Halim

“Program literasi itu adalah bagi melahirkan pengundi yang berkualiti dengan pemikiran kritis untuk melihat politik melalui kaca mata yang objektif.

“Bagi saya pendidikan politik ini adalah soal perlembagaan negara, bidang kuasa seorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri kerana kami ingin melahirkan masyarakat Madani yang memahami fungsi dan peranan kerajaan serta diri sendiri (sebagai pengundi),” katanya kepada Bernama hari ini selepasi menjadi tetamu program Radio Bernama.

Sebelum ini, KBS telah melaksanakan program Rukun Negara @ Belia bagi golongan terbabit untuk memberi kesedaran kepada golongan belia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berikutan Undi18, selain meningkatkan pengetahuan literasi politik. - Bernama