
KOTA KINABALU: Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2024 menampilkan kejutan menerusi format baharu menguji tahap penguasaan bahasa ibunda dan kemahiran asas pengucapan awam peserta pertandingan ratu cantik itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah Prof Madya Datuk Dr Ramzah Dambul berkata perkara itu dapat disaksikan terutama pada pusingan 15 terbaik, memperlihatkan kepentingan kedua-dua elemen itu dikuasai setiap peserta Unduk Ngadau.
"Sesuai dengan status pertandingan yang sudah dinaik taraf jadi kebangsaan, pusingan 'top' 15 tahun ini turut dinaik taraf supaya lebih mencabar. Sebanyak 15 kata kunci dimaklumkan dua hari lebih awal.
"Tapi kata kunci muktamad untuk dijawab setiap unduk hanya akan dipilih secara rambang pada hari kejadian di atas pentas," katanya yang berkongsi ulasan mengenai UNK 2024 menerusi laman Facebook hari ini.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Beliau turut berpendapat format baharu yang disifatkannya sebagai canggih dan inovatif itu, membolehkan hanya calon yang benar-benar layak sampai ke pusingan tujuh terbaik, selain memberi mesej jelas kepada panel pemilih di peringkat daerah untuk memastikan calon yang dipilih ke peringkat seterusnya tahun depan ialah mereka yang benar-benar memiliki serta menguasai kemahiran berkenaan.
Ramzah turut berpandangan 'sumandak' atau gadis cantik yang pintar, selain memiliki aura, personaliti dan karisma layak menjadi Unduk Ngadau sesuai dengan peranan mereka sebagai duta budaya selama setahun yang akan mengikuti pelbagai aktiviti dan sesi libat urus.
Hyellene Danius dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau 2024 pada hari kemuncak sambutan Pesta Kaamatan, Jumaat lepas.
Wakil Inanam itu menewaskan 50 peserta lain dan beliau mengambil alih gelaran itu daripada Unduk Ngadau 2023 Carol Abbey Gail.
Elldiwirna Saimen mewakili Kiulu muncul naib johan manakala tempat ketiga dimenangi Monicka Majin dari Keningau.
Unduk Ngadau merupakan acara kebudayaan yang diadakan sempena Pesta Kaamatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

