UNESCO – 2 Bilion Penduduk Bumi Tiada Akses Kepada Bekalan Air Bersih

WorldTechnologyDigitalSpace
23 Mar 2023 • 1:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun lalu jumlah penduduk dunia akhirnya mencecah 8 bilion. Penangan pandemik tidak berjaya menghentikan penambahan penduduk bumi yang semakin hari semakin kehabisan sumber. Antara sumber paling penting untuk kelangsungan hidup ialah air dan seperti sumber lain akses kepadanya semakin menjadi satu kemewahan bagi sebilangan manusia bumi.

image is not available

Menurut laporan UNESCO sempena Hari Air Sedunia semalam, 26% penduduk bumi atau sekitar 2 bilion tidak mempunyai akses kepada bekalan air yang bersih. Sementara itu 46% penduduk bumi juga tidak mempunyai akses kepada sistem sanitasi yang diuruskan dengan selamat.

Matlamat Pembangunan Mampan 6 (SDG 6) disarankan bagi memastikan ketersediaan dan pengurusan air dan sanitasi yang mampan menjelang 2030. Malang sekali pada waktu ini kemajuan ke arah sasaran SDG6 adalah pada kadar lebih rendah daripada landasan yang sepatutnya. Dalam sesetengah situasi ia perlu ditingkatkan empat gali ganda untuk memastikan sasaran dicapai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved