Unifi Memperkenalkan Pek Unifi TV Baharu – “Family, Movies, Kids, & Sports”

TechnologyDigital
3 Oct 2023 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia melalui Unifi kini dilihat telah menambah empat penawaran pek Unifi TV baharu, dimana ia dikategorikan mengikut penggunaan dan lebih mudah difahami berbanding sebelumnya.

Empat pek baharu yang diperkenalkan adalah “Family Pack”, “Movies Pack”, “Kids Pack” dan “Sports Pack”.

image is not available

Paling utama antaranya adalah Family Pack yang hadir dengan 78 saluran premium, selain turut disertakan dengan aplikasi penstriman HBO Go, BBC Player, beIN Sports Connect, SPOTV NOW dan juga SIAR. Ia ditawarkan pada harga RM60 sebulan.

image is not available

Movies Pack pula hadir dengan 32 saluran premium, selain akses kepada aplikasi Disney+ Hotstar dan juga HBO Go. Ia ditawarkan pada harga RM69.90 sebulan, tetapi harga promosi pengenalan adalah RM55.90 sebulan.

image is not available

Kids Pack hadir dengan 26 saluran premium, yang turut menyertakan aplikasi penstriman Disney+ Hotstar. Ia ditawarkan pada harga RM46.90 sebulan, tetapi harga promosi pengenalan adalah RM39.90 sebulan.

image is not available

Akhir sekali, Sports Pack hadir dengan 25 saluran premium, dan menyertakan aplikasi penstriman beIN SPORTS CONNECT dan juga SPOTV NOW. Ia ditawarkan pada harga RM39.90 sebulan, tetapi harga promosi pengenalan adalah RM29.90 sebulan.

image is not available

Harga promosi diskaun ditawarkan untuk langganan sebelum 31 Disember 2023. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran baharu TM melalui Unifi TV ini hari ini.

View Original Article