Unifi Menawarkan Akses Ke Perkhidmatan Penstriman Vidio Secara Percuma Selama Sebulan

TechnologyDigital
7 Apr 2025 • 11:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Unifi kini hadir dengan promosi khas bersempena bulan Raya, dimana pelanggan Unifi TV dan Unifi Home boleh menikmati akses percubaan selama sebulan secara percuma kepada perkhidmatan penstriman Vidio.

image is not available

Promosi ini ditawarkan sehingga 23 April 2025 kelak. Pengguna boleh mencubanya, dan membatalkan ia sekiranya tidak menyukai perkhidmatan penstriman berkenaan.

Vidio merupakan perkhidmatan penstriman yang berasal dari Indonesia. Melaluinya sejumlah besar kandungan berbahasa Indonesia ditawarkan, selain akses kepada siaran saluran televisyen langsung melaluinya.

Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya melalui Unifi. Di Malaysia, Vidio boleh dilanggan pada harga bermula RM12 sebulan.