Unifi Mobile #Bebas ada banyak perubahan? Apa dah jadi? #12

Digital
24 Dec 2022 • 11:00 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tiga topik yang di bawakan dalam episod ini ialah, pertama kerajaan sediakan pelan Internet murah untuk rakyat, kedua WhatsApp ada ciri yang membolehkan anda dapat semula mesej yang dipadam dan ketiga Unifi Mobile #Bebas ada banyak perubahan.

1. Pakej Perpaduan ganti Pakej Remaja, ada lebih kuota & kelajuan untuk Belia, B40, OKU, Warga Emas & Veteran

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah umumkan pembaharuan untuk Pakej Remaja Keluarga Malaysia (PRKM). Ia kini dipanggil sebagai Pakej Perpaduan. Harganya kekal RM30, tetapi tempoh sah lebih panjang iaitu 6 bulan. Kuota juga ditambah, daripada 20GB menjadi 30GB. Malah, kelajuan dinyatakan lebih pantas, daripada 1Mbps kepada 3 Mbps.

Berita lanjut di sini.

image is not available

2. Tersilap padam perbualan di WhatsApp? Guna butang Undo ini untuk kembalikannya semula

WhatsApp telah perkenalkan ciri undo untuk tindakan Delete for Me. Selepas anda padam perbualan itu, akan ada mesej pop-up timbul selama lima saat yang membolehkan anda kembali dengan perbualan asal.

Baca lagi di sini.

image is not available

3. Unifi Mobile #Bebas sudah tidak lagi bebas, ada FUP dan sekatan kelajuan

Kami menerima maklumat bahawa Unifi Mobile telah kemaskini tawaran #Bebas mereka. Ada banyak perkara telah ditukar, antaranya Unifi Mobile kini mengehadkan kuota hotspot untuk semua pelan #Bebas.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available