Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

Technology
4 Feb 2023 • 2:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sebelum ini, ramai pengguna seronok melanggan prabayar Unifi Mobile #Bebas kerana ia benar-benar tanpa had. Tiada FUP dan tiada kuota untuk hotspot. Tetapi ia berubah pada bulan Disember 2022 apabila Unifi mengenakan FUP 100GB dan kuota hotspot untuk pelan yang sama.

Tetapi ia tidak berakhir di situ. Tidak lama lagi, Unifi Mobile mahu menurunkan lagi FUP dan kuota hotspot.

image is not available

Dalam FAQ terbaru, Unifi Mobile menyatakan mulai 9 Februari 2023, FUP pelan bulanan RM35 akan turun dari 100GB kepada 60GB. Ia merangkumi penggunaan 4G dan 5G, tidak lagi berasingan. Sedangkan kemaskini bulan Disember lepas, FUP 100GB hanyalah untuk 4G dan tiada had untuk 5G.

image is not available

Malah, kuota hotspot sebelum ini 10GB untuk kegunaan 4G dan tanpa had di 5G, akan diubah kepada 5GB untuk gabungan penggunaan 4G dan 5G. Jika kuota hotspot habis digunakan, tiada lagi dtaa boleh dikongsi atau kena beli pas tambahan untuk menambah kuota hotspot sementara.

Lagi tentang FUP. Sebelum ini sambungan 4G disekat kelajuan kepada 5Mbps, manakala sambungan 5G berkelajuan penuh. Tetapi apabila had FUP dicapai, kelajuan akan disekat kepada 512kbps.

image is not available

Perubahan FUP dan kuota hotspot untuk prabayar Unifi Mobile ini akan berkuatkuasa pada 9 Februari 2023. Harganya masih tidak berubah, RM35/bulan dan boleh dilanggan terus dari aplikasi.

Dengan langkah makin kedekut ini, adakah ia tanda telco sudah mula membayar akses 5G kepada DNB? Harga bukannya menurun, tetapi kuota pula dikecilkan dan FUP pun makin sedikit.