Unifi perkenal pelan pascabayar keluarga UNI5G serendah RM129 sebulan

LocalBusiness & Finance
1 Dec 2023 • 12:42 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Unifi perkenal pelan pascabayar keluarga UNI5G serendah RM129 sebulan

zulfadli

01/12/2023 - 12:42

KUALA LUMPUR 1 Dis - Unifi melancarkan Pelan Pascabayar dan Pelan Keluarga UNI5G #Unstoppable terbaharunya, memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia dan membawakan pengalaman 5G ke dalam kehidupan seharian mereka.

Pelan-pelan mudah alih baharu itu menyediakan pelbagai nilai tambahan, membentuk semula sempadan ketersambungan dan digital yang memenuhi keperluan individu dan keluarga.

Ketua Pegawai Komersial Segmen Pengguna Unifi berkata, Jasmine Lee berkata, dalam memperkasakan negara digital, pelan baharu itu menjadikan teknologi 5G lebih mudah diakses rakyat Malaysia, dengan tumpuan penggunaan untuk seluruh keluarga.

Katanya, dengan liputan mudah alih yang merangkumi lebih daripada 95% populasi negara dan baru-baru ini dinobatkan sebagai pemenang Ookla 2023 dalam menyampaikan pengalaman video mudah alih terbaik di Malaysia, pelan UNI5G memperkasakan individu dan keluarga untuk memanfaatkan 5G, tanpa menjejaskan kualiti dan dengan harga mampu milik.

"Pelan-pelan terbaharu ini juga mengukuhkan peranan Unifi sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan konvergens sebenar di Malaysia, dan mengukuhkan rumusan perkhidmatan talian tetap, mudah alih, gaya hidup dan perniagaan kami untuk memenuhi permintaan digital.

"Ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkayakan kehidupan dan komuniti melalui teknologi, memastikan setiap rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dan mendapat aamanfaat daripada revolusi digital yang sedang berlaku," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Tawaran utama pelan terbaharu Unifi #Unstoppable ialah Pelan Pascabayar Keluarga UNI5G berharga RM129.

Pelan yang asalnya ditawarkan dengan data 150GB, kini pelanggan akan menerima data 5G + 4G tanpa had apabila mereka mendaftar dalam tempoh promosi masa terhad bermula 28 November.

Pelan tersebut juga menawarkan telefon pintar 5G percuma yang membolehkan pelanggan beralih kepada 5G dengan lancar, serta panggilan tanpa had, dan satu talian tambahan percuma dengan 30GB data 5G + 4G.

Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang lebih besar, Unifi turut menawarkan pelan-pelan Pascabayar Keluarga UNI5G dengan dua dan tiga talian tambahan percuma masing-masing berharga RM159 dan RM189, menjadikan akses 5G lebih mampu milik untuk seisi keluarga, tanpa mengira jumlah, melalui satu pelan mudah alih.

Unifi turut melancarkan tiga pelan pascabayar baharu untuk pengguna individu, termasuk Pascabayar 99 UNI5G, salah satu tawaran yang berbaloi dalam pasaran, yang disertakan dengan data 5G + 4G tanpa had sepanjang tempoh promosi, dan telefon pintar 5G percuma.

Selain itu, Pascabayar 69 UNI5G,dengan data 5G tanpa had sepanjang tempoh promosi, dan rebat telefon pintar 5G terpilih dan Pascabayar 39 UNI5G, salah satu pelan [ascabayar dengan harga yang paling mampu milik dengan 30GB data 5G + 4G, untuk mereka yang beralih daripada pelan prabayar seperti golongan profesional muda.

Langganan pelan Pascabayar Keluarga UNI5G, Pascabayar 99 UNI5G, atau Pascabayar 69 UNI5G bersama-sama Jalur Lebar Unifi 300Mbps dan ke atas, juga akan menerima rebat bulanan sebanyak RM20, selagi mereka kekal sebagai pelanggan Unifi yang aktif.

Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih tawaran terhad mudah alih tetap, termasuk pakej Pascabayar UNI5G terkini dengan data 5G + 4G tanpa had, telefon pintar 5G percuma dan Jalur Lebar Unifi berkelajuan 100Mbps dari serendah RM149 sebulan. - DagangNews.com