Unifi TV Akan Menambah HBO Go Menjelang Oktober 2023

TechnologyDigital
2 Sep 2023 • 12:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Unifi TV pada hari ini sedia menambah sejumlah perkhidmatan penstriman dibawah mereka, termasuk Netflix, dan Disney+ Hotstar. Dengan langkah ini, ia memudahkan pengguna berjimat dan menguruskan pelbagai bil melibatkan penstriman melalui bil Unifi TV sahaja.

Terbaru, kini Unifi turut mengumumkan bakal menambah satu lagi platform penstriman dibawah mereka, iaitu HBO Go. Unifi TV menyasarkan pengenalannya menjelang Oktober 2023 kelak. Buat masa ini, tiada sebarang harga langganan dan pakej yang diumumkan oleh pihak Unifi untuk HBO Go ini.

image is not available

Namun, bersama pengumuman ini, kini pihak Unifi TV turut mengatakan telah menambah empat saluran dibawah katalog mereka, iaitu HBO, HBO Family, HBO Hits dan juga CInemax. Semua pelanggan pek Unifi TV akan dapat menikmatinya melalui pratonton percuma selama 30 hari mulai 1 September.

View Original Article