Unifi TV Menawarkan Siaran Sukan Olimpik Paris 2024 Secara Percuma Kepada Semua

TechnologyDigital
16 Jul 2024 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Unifi TV kini mengumumkan akan menawarkan akses tontonan percuma untuk Sukan Olimpik Paris 2024 melalui aplikasi Unifi TV untuk semua rakyat Malaysia. Penawaran akses tontonan percuma ini akan disediakan bermula 24 Julai hingga 12 Ogos 2024 kelak melalui aplikasi Unifi TV.

image is not available

Sebanyak 17 saluran HD khusus akan digunakan untuk membolehkan semua 32 sukan, meliputi 329 acara dapat ditonton rakyat Malaysia. Untuk mengaksesnya, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi Unifi TV dan seterusnya mendaftar untuk perkhidmatan percuma, sebelum dapat mengakses siaran Sukan Olimpik Paris 2024.

Hal ini membolehkan bukan sahaja pelanggan Unifi TV boleh menontonnya, tetapi turut dibuka kepada semua walaupun bukan pelanggan berbayar Unifi TV. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Unifi TV, dan bersedia untuk mengikuti acara Sukan Olimpik Paris 2024 melaluinya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved