"Unik Betul Mas Kahwinnya" - Pasangan Curi Perhatian, Tiket Coldplay Jadi Mas Kahwin

EntertainmentMusic
22 May 2023 • 3:35 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Band terkemuka dunia dari Britain, Coldplay bakal menjelajah beberapa negara di Asia termasuk Malaysia dan juga Indonesia. Kehadiran mereka sememangnya dinanti-nantikan para peminat. Peluang untuk melihat konsert mereka di depan mata adalah satu peluang yang sukar dilepaskan.

Namun, ramai juga peminat Coldplay kecewa kerana dikatakan banyak tiket Coldplay yang telah disapu oleh 'Scalper' dan dijual semula pada harga tak masuk akal. Baru-baru ini viral di platform media sosial satu video yang mencuri perhatian.

Berdasarkan video, satu sesi akad nikah sedang berlangsung. Jika diperhatikan, ianya hanya satu sesi akad nikah yang biasa. Namun, jika netizen dengar dengan teliti ada satu perkara yang sangat unik untuk mas kahwin mereka.

Pengantin lelaki itu menyebut mas kahwinnya adalah seperangkat alat solat dan juga tiket Coldplay! Berdasarkan komen, ramai yang mencerumbui pengantin tersebut kerana berjaya membeli tiket Coldplay dan dijadikan sebagai mas kahwin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved