Unik, Ini 7 Nama Hari Dalam Bahasa Melayu Purba Yang Jarang Didengar

LocalLifestyle
23 May 2026 • 12:47 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Unik, Ini 7 Nama Hari Dalam Bahasa Melayu Purba Yang Jarang Didengar

Unik, Ini 7 Nama Hari Dalam Bahasa Melayu Purba Yang Jarang Didengar

Bila sebut Bahasa Melayu Klasik ini, sebenarnya ia bukan sekadar lisan namun cerminan jiwa dan identiti bangsa kita sendiri.

Setiap bait perkataan dalam bahasa klasik ini penuh dengan keunikan, di mana maknanya sangat mendalam dan penuh dengan kiasan yang tersirat.

Ia adalah lambang kehalusan budi pekerti dan ketajaman pemikiran orang Melayu zaman dahulu.

Namun, sedar atau tidak, permata berharga ini kian hari kian pudar ditelan arus zaman yang serba moden.

Istilah-istilah indah yang dulunya menjadi kebanggaan di istana dan dalam persuratan, kini dianggap 'kuno' atau terlalu sukar untuk difahami.

Tidak mustahil satu hari nanti warisan agung ini hanya akan tinggal dalam buku sejarah sahaja, sedangkan bahasa itu sepatutnya hidup dalam jiwa setiap anak bangsa.

Unik, Rupanya Ada Nama Lain Bagi Hari Dalam Bahasa Melayu Purba

Menerusi perkongsian @jaripetak2 di TikTok, berkongsi makna serta panggilan unik bagi tujuh hari dalam seminggu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Aki Aji, yang mengendalikan Galeri Aki Aji di Kampung Chepor, Lenggong, dengan mengetengahkan konsep Melayu Purba.

Image from: Unik, Ini 7 Nama Hari Dalam Bahasa Melayu Purba Yang Jarang Didengar
Kredit: Tiktok @jaripetak2

Kongsinya, hari Ahad dipanggil “sepungguk”, diibaratkan seperti pungguk yang merindukan bulan. Ia menggambarkan perasaan orang ramai yang menantikan hari cuti hujung minggu dan rindu terhadap waktu rehat.

Hari Isnin pula disebut sebagai “cemuran”, manakala hari Selasa dikenali sebagai “kejora” yang dikaitkan dengan cahaya bintang. Bagi hari Rabu, ia dipanggil “payang”.

Image from: Unik, Ini 7 Nama Hari Dalam Bahasa Melayu Purba Yang Jarang Didengar
Kredit: Tiktok @jaripetak2

Selain itu, hari Khamis dikenali sebagai “matsilau”, manakala hari Jumaat dipanggil “rimpun” yang membawa maksud berhimpun atau berkumpul. Hari Sabtu pula disebut sebagai “sejana”.

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan kagum terhadap keunikan serta makna tersirat di sebalik nama-nama tersebut, yang disifatkan sebagai lambang warisan dan identiti Melayu.

“Baru saya tahu, kita perlukan lebih banyak ilmu seperti ini supaya tidak lupa asal usul kita,” komen seorang pengguna media sosial.

“Tidak sia-sia saya mengikuti perkongsian ini, dapat mempelajari ilmu yang mungkin tidak diajar di tempat lain,” kata seorang lagi netizen.

“Cantiknya Bahasa Melayu lama kita,” tulis seorang pengguna lain.

Baca juga:

View Original Article