Uniknya Masjid Ini Ada 99 Kubah! Berikut 9 Fakta Menarik Tentang Masjid Lambang Asmaul Husna

Architecture
28 Apr 2023 • 1:36 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Masjid 99 Kubah yang terletak di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia, mempunyai daya tarikan dan keunikan tersendiri bagi menarik umat Islam mengimarahkan rumah ibadat itu.

Masjid 99 Kubah, menjadi ikon Kota Makassar dan salah satu destinasi tarikan pelancong.

Selain sebagai tempat ibadat, masjid itu juga dikunjungi orang ramai kerana keunikan dan keindahan bangunannya.

image is not available

Ada antara mereka tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan apatah lagi ketika senja, suasana sekitarnya sangat indah.

Menelusuri sejarah pembinaannya, reka bentuk masjid itu sebenarnya direka Ridwan Kamil yang ketika ini memegang jawatan Gabenor Jawa Barat.

Masjid yang terletak di kawasan Pantai Losari atau lebih dikenali Centre Point of Indonesia, dikelilingi 99 kubah yang melambangkan 99 nama Allah SWT atau Asmaul Husna.

image is not available

Penggunaan 99 kubah itu supaya umat Islam selalu beringat tentang keagungan nama-nama Allah SWT.

Kubah 99 itu dihiasi dengan warna seperti merah, jingga dan kuning.

Masjid 99 Kubah berkeluasan 3,240 meter persegi itu mempunyai tiga kawasan utama iaitu ruang solat yang boleh menampung 3,880 jemaah.

Ia juga mempunyai ruang mezanin yang boleh memuatkan 1,005 jemaah dan halaman bagi menampung 8,190 jemaah.

image is not available

Sepanjang Ramadan, masjid itu aktif sebagai pusat aktiviti keagamaan masyarakat dan bakal digunakan untuk majlis keagamaan.

Berikut adalah 9 fakta menarik tentang Masjid 99 Kubah, keep scrolling guys!

image is not available

1. Masjid 99 Kubah mula dibina pada Mac 2018 dan telah dirasmikan pada awal tahun 2022.

2. Masjid ini sebenarnya terletak di lokasi yang mempunyai pemandangan indah mengadap Pantai Losari.

image is not available

3. Sesuai dengan namanya, masjid ini memiliki 99 kubah pada bahagian atap dan angka 99 juga menepati jumlah Asmaul Husna iaitu nama-nama Allah.

4. Masjid 99 Kubah ini ternyata hasil rancangan Gabenor Jawa Barat, iaitu Ridwan Kamil.

5. Setelah solat Maghrib sehingga menjelang waktu Isyak, terdapat sebuah salat Magrib sampai menjelang waktu Isya, terdapat sebuah tarikan pertunjukan air pancut di perkarangan Masjid 99 Kubah dan menariknya lagi persembahan air itu berwarna-warni tau!

image is not available

6. Masjid ini mampu menampung sehingga hingga 10 ribu orang -- iaitu 5,000 jemaah di bahagian dalam manakala 5,000 lagi di perkarangan luar.

7. Memiliki ciri-ciri binaan yang begitu menawan, Masjid 99 Kubah ini turut dibangun dengan Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah Sulawesi Selatan.

image is not available

8. Masjid 99 Kubah memiliki konsep ruang terbuka dan pengaliran udara semulajadi. Disebabkan itu, masjid ini tidak memerlukan penyaman udara atau aircond.

9. Masjid 99 Kubah ini juga telah rasmi diiktiraf sebagai salah satu ikon pelancongan untuk Kota Makassar. Jadi jangan lupa berkunjung dan mengimarahkan lagi masjid unik ini ya!

image is not available

View Original Article