UNIQLO lancar koleksi Peace For All demi pelarian, kolaboratif dengan pemain tenis, Roger Federer

Men's FashionWomen's Fashion
3 Jul 2022 • 10:45 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

UNIQLO baru-baru ini melancarkan koleksi Peace For All iaitu satu komitmen berterusan jenama itu menyokong usaha keamanan di seluruh dunia.

Pengerusi Fast Retailing, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Tadashi Yanai berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada bulan lalu mengumumkan jumlah pelarian sudah mencecah lebih 100 juta.

"Bagi kami, pakaian adalah penting untuk mereka bersama-sama dengan air, makanan, ubat-ubatan dan tempat untuk tidur dengan selesa. Walaupun anda merasa sukar untuk menyatakan suara sendiri, anda boleh mengambil bahagian dengan mudah dengan memakai salah satu UT kami," katanya.

image is not available

Antara pereka yang terbabit dalam kempen tersebut dengan menampilkan desain tersendiri ialah Haruki Murakami, Tadao Ando, Kashiwa Sato, Shinya Yamanaka dan Ines de la Fressange.

Bagi kami, pakaian adalah penting untuk mereka bersama-sama dengan air, makanan, ubat-ubatan dan tempat untuk tidur dengan selesa. Walaupun anda merasa sukar untuk menyatakan suara sendiri, anda boleh mengambil bahagian dengan mudah dengan memakai salah satu UT kami.

image is not available

Sementara itu, UNIQLO juga mengumumkan kolaboratif mereka dengan duta jenama globalnya, Roger Federer dengan memaparkan logo RF pada baju-T.

image is not available

image is not available

Seperti biasa, material baju untuk kolaboratif berkenaan diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dengan reka bentuk yang ringkas, halus dan boleh didapati dalam warna putih dan hitam.

image is not available

Federer dalam reaksinya berkata: "Saya sangat gembira kerana dapat melancarkan baju-t grafik RF ini dengan UNIQLO dan berharap peminat di seluruh dunia mendapatkannya."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

View Original Article