Unisel buka permohonan kemasukan pelajar baharu 2023

31 Jan 2023 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 31 JAN: Universiti Selangor (Unisel) membuka permohonan kemasukan pelajar baharu bagi sesi 2023 bermula April depan.

Universiti milik Kerajaan Negeri itu menawarkan program pengajian di peringkat program asas, diploma, sarjana muda, sarjana dan PHD.

Permohonan boleh dibuat dalam talian menerusi pautan http://apply.unisel.edu.my dan semakan program ditawar di https://www.unisel.edu.my/admission/programmes-offered/.

Menurut Unisel di Facebook, yuran pendaftaran hanya RM500 bagi anak atau pemastautin Selangor yang ditaja Bantuan Yuran Asas Universiti (Bayu).

Ia memiliki prasarana terbaik, menawarkan biasiswa bagi semua program asasi serta program pengajian yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

image is not available