Unisoc T9300 Dilancarkan – Cip Pertengahan Dengan Sokongan Kamera 200MP

TechnologyDigital
17 Nov 2025 • 4:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Unisoc memperkenalkan cip baharu T9300 dengan fokus pada peranti kelas pertengahan. Cip berasaskan lapan teras ini merangkumi Cortex-A78 (2.4 GHz) untuk prestasi dan Cortex-A55 untuk kecekapan tenaga. Ia juga menawarkan peningkatan kecekapan sehingga 38% berbanding sebelum ini. Ia turut dilengkapi GPU Mali-G57 serta menyokong memori LPDDR4X dan storan UFS 2.2.

image is not available

Unisoc T9300 menyokong skrin FHD+ sehingga 144Hz atau 1.5K pada 90Hz. Pada masa sama, ia turut menyokong pensijilan HDR10+ untuk paparan lebih terang. Selain itu, cip ini hadir dengan teknologi paparan lain seperti VideoPQ bagi kontras dinamik, VRR untuk kadar segar semula adaptif serta mod perlindungan mata termasuk cahaya matahari.

Lebih menarik lagi, T9300 turut menawarkan audio HiFi bersama Unisoc Miracle Gaming Engine yang sesuai untuk hiburan dan permainan.

Unisoc T9300 juga menyokong rangkaian 2G hingga 5G dengan mod dwi SA/NSA serta dual-SIM dual-VoNR. Ia turut menambah sokongan NR NTN satelit berasaskan piawaian 3GPP R17 di samping sedia untuk perisian terkini dengan sokongan Android 16.