Unit YNH Property terima petisyen penggulungan LHDN berhubung cukai tertunggak RM7.21 juta

LocalBusiness & Finance
17 Apr 2026 • 9:29 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Unit YNH Property terima petisyen penggulungan LHDN berhubung cukai tertunggak RM7.21 juta Image from: Unit YNH Property terima petisyen penggulungan LHDN berhubung cukai tertunggak RM7.21 juta hamden17/04/2026 - 09:29 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 April - YNH Property Bhd memaklumkan anak syarikatnya, YNH Construction Sdn Bhd telah menerima petisyen penggulungan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung cukai tertunggak berjumlah RM7.21 juta.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata petisyen bertarikh 30 Mac 2026 tersebut telah diserahkan pada 14 April lalu.

 

Menurut YNH Property, pengumuman berhubung perkara itu tidak dibuat lebih awal kerana pihak pengurusan hanya menyedari kewujudan petisyen berkenaan selepas ia diiklankan pada 14 April.

 

Bagaimanapun, syarikat memaklumkan pihak pengurusan telah berhubung dengan LHDN bagi menangani isu tersebut dan menerima pengesahan mengenai cadangan penyelesaian.

 

“Pada masa ini, kumpulan sedang bekerjasama rapat dengan LHDN untuk mematuhi terma pembayaran yang dipersetujui serta menyelesaikan perkara ini dalam tempoh yang sewajarnya,” katanya.

 

YNH Property turut menegaskan petisyen tersebut tidak memberi kesan kewangan dan operasi serta-merta kepada kumpulan, selain tiada kerugian dijangka timbul daripadanya.

 

 

 

 

 

 

Dalam pada itu, mahkamah telah menetapkan 16 Julai 2026 sebagai tarikh pendengaran bagi petisyen penggulungan tersebut.

 

Syarikat juga menjelaskan bahawa YNH Construction bukan merupakan anak syarikat utama, dengan jumlah kos pelaburan sebanyak RM2.5 juta setakat akhir Jun 2025. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article