United patut menang jaringan lebih besar - Ten Hag

Football
17 Apr 2023 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antony (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Nottingham Forest. - Foto AFP

ERIK ten Hag percaya Manchester United sepatutnya boleh menang dengan jaringan lebih besar ketika berdepan Nottingham Forest di City Ground pada Ahad.

Antony meletakkan The Red Devils di hadapan pada separuh masa pertama, tetapi United bergelut untuk mencari gol tambahan walaupun memiliki deretan peluang sebelum Diogo Dalot meraih gol kedua pada minit ke-76 untuk kemenangan 2-0.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan United naik ke kedudukan ketiga liga.

"Persembahan yang mantap dan kemenangan yang sepatutnya kami dapat. Satu-satunya kritikan yang boleh saya katakan, kami patut menang dengan jaringan lebih besar.

"United patut menang 3-0 atau 4-0. Kami terlepas banyak peluang di sana. Anda mahu menjaringkan gol dan menamatkan serta membunuh permainan pada saat-saat awal.

"Itu sentiasa penting. Dalam perlawanan besar anda tidak mencipta begitu banyak peluang, jadi anda perlu menjaringkan gol.

"Kami memerlukan lebih ramai penjaring gol dan saya gembira dengan Antony. Dia menjaringkan gol, memberikan bantuan gol," katanya.

United turun dalam perlawanan itu tanpa penjaring terbanyak, Marcus Rashford akibat kecederaan, serta gandingan pertahanan Raphael Varane dan Lisandro Martinez selepas kedua-duanya mengalami kecederaan pada perlawanan suku akhir pertama Liga Europa menentang Sevilla, Jumaat lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved