Universiti Malaya Mohon Maaf Isu Profesor Pro-Israel Beri Ceramah

26 Apr 2024 • 10:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
universiti malaya

Sebelum ini, Ohmedia ada berkongsi artikel tentang satu program di Universiti Malaya (UM) yang menjemput seorang profesor dari Amerika Syarikat, Bruce Gille yang didakwa seorang pejuang zionis Israel.

Terkini, pihak dalam satu kenyataan rasmi permohonan maaf dan bertindak membatalkan semua program yang melibatkan penceramah asing itu.

Menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga meminta pihak UM menyerahkan segera laporan lengkap berhubung isu ini.

Pihak UM juga menyatakan mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat menjemput profesor itu.

Bagi memastikan insiden sama tidak berulang, UM akan meneliti semula prosedur dan garis panduan sebelum menjemput penceramah luar terutamanya pemeriksaan latar belakang serta kajian penilaian risiko profil media sosial seseorang itu.

image is not available

Dalam pada itu, Bruce Gilley turut membuat permohonan maaf secara terbuka di aplikasi X berkait isu ini.

image is not available

Bruce juga dilihat memuat naik kenyataan provokasi berikutan penamatan rangka lawatan dan ceramah di Malaysia sekaligus membuatkan rakyat Malaysia marah dan menganggap ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan melampau.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.