‘Universiti Malaysia Sabah kini boleh bangga dengan pencapaian hampir 3 dekad’

LocalTechnology
14 Dec 2024 • 1:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Rahim Matnin

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini boleh berbangga dengan pencapaian setelah hampir tiga dekad penubuhannya.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Hj Mansor (gambar), dalam syarahan perdananya sempena Jubli Mutiara 30 Tahun UMS di Dewan Canselor UMS di sini, pada Khamis, mengumumkan universiti itu kini mempunyai hampir 18,000 pelajar, termasuk 648 pelajar antarabangsa.

Advertisement“Setelah tiga dekad, UMS boleh berbangga dengan jumlah alumninya yang kini mencecah 91,530 orang dari seluruh pelusuk dunia.

“Alumni adalah wajah sebenar sesebuah institusi,” katanya menekankan bahawa sinergi antara alumni dan universiti terus mengukuhkan UMS sebagai pusat pembinaan bakat.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Beliau menyenaraikan beberapa alumni yang boleh menjadi inspirasi kepada mahasiswa: Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, Jasmi Rasit, Profesor Hidrokimia, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Ahmad Zaharin Aris; Aktivis dan pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman; Pengasas Kundasang Aquafarm (KAF) dan peneraju penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Pertanian Tanah Tinggi UMS (Petik) Azizul Julirin; Profesor di Sun Yat-Sen University, China, Prof Dr Saw Phei Er, serta penyelidik dalam nanoperubatan.

Tambahnya, alumni ini menunjukkan kejayaan boleh dicapai melalui pendidikan di UMS dan menginspirasikan generasi baharu pelajar untuk mencapai kecemerlangan.