
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bekerjasama dengan Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti Malaya untuk menjalankan kajian mengenai strategi pembasmian kemiskinan di Sabah.
Penyelidikan ini bertujuan untuk mencipta impak yang mengubah kehidupan rakyat Sabah, khususnya masyarakat luar bandar.
Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata, berbeza dengan penyelidik terdahulu, kajian yang dijalankan di bawah kerjasama ini tidak akan berakhir sebagai rujukan dalam jurnal akademik.
“Kerjasama ini bukan sekadar penyelidikan untuk tujuan penyelidikan semata-mata. Ia adalah tentang mencipta penyelesaian yang memberi impak besar untuk memperbaiki kehidupan masyarakat luar bandar dan menangani ketidaksamaan sosioekonomi secara mampan.



