Universiti siasat profesor plagiat tesis PhD

14 Aug 2026 • 5:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Universiti siasat profesor plagiat tesis PhD

LONDON: Universiti Cambridge di Britain mengesahkan akan menjalankan siasatan terperinci berhubung pelantikan Profesor Jason Arday selepas tersebar skandal plagiat tesis ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan penyelidikan lain yang didakwa dilakukannya.

Arday meletakkan jawatan minggu lalu berikutan siri laporan media yang mendakwa beliau melakukan perkara itu dan membuat dakwaan palsu dalam memoir yang bakal diterbitkan.

Pihak universiti sebelum ini mengumumkan siasatan terhadap kelayakan akademik dan pelantikan kehormat beliau.

Seorang jurucakap mengesahkan siasatan akan diteruskan walaupun Arday telah meletakkan jawatan dan menambah bahawa hasil dapatan akan digunakan untuk mengemas kini proses pelantikan jawatan kanan universiti.

Naib Canselor, Profesor Deborah Prentice berkata, beliau amat memahami kebimbangan yang dibangkitkan di seluruh universiti berhubung pelantikan profesor itu dan turut berkongsi kebimbangan yang sama.

“Saya tahu terdapat kemarahan dan keresahan berikutan kes yang merosakkan dan sukar ini.

“Kami kini akan menyiasat keadaan di sebalik pelantikannya oleh Fakulti Pendidikan pada tahun 2022 dan tempoh perkhidmatannya di Cambridge sejak dilantik hampir empat tahun lalu,” kata Prentice.

Mengulas lanjut, Prentice menegaskan, kes khusus ini merupakan satu penyimpangan dan tidak sepatutnya digunakan untuk memburukkan hasil kerja mereka atau meragui keabsahan peranan mereka di Cambridge.

Arday merupakan profesor sosiologi pendidikan.

Beliau  pernah menjadi profesor kulit hitam termuda di Cambridge pada 2023.

Namun, Arday meletak jawatan selepas laporan media mendakwa beliau memplagiat tesis PhD yang disiapkan di Universiti Liverpool John Moores termasuk hasil penyelidikan yang lain. – AGENSI

 

The post Universiti siasat profesor plagiat tesis PhD appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved