UNL: Klopp perlu bina identiti Jerman

Football
11 Nov 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: Klopp perlu bina identiti Jerman

BERLIN – Legenda Jerman, Thomas Muller percaya jurulatih pasukan itu, Jurgen Klopp memerlukan lebih daripada perubahan taktikal bagi mengangkat semula martabat skuad Die Mannschaft itu.

Jerman menampilkan aksi kurang konsisten dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah (UNL) kali ini apabila sekadar menghuni tangga ketiga Kumpulan A2 selepas mencatat satu kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

Muller berkata, Jerman tidak boleh sekadar memberikan tumpuan untuk menampilkan corak permainan ‘cantik’, namun mereka perlu lebih bijak membuat keputusan ketika melakukan serangan ke arah pintu gol lawan.

“Bagi saya, beliau (Klopp) memiliki idea cukup jelas mengenai corak permainan yang mahu diterapkan. Beliau adalah gabungan jurulatih moden dan klasik selain memiliki pengalaman cukup banyak.

“Bagaimanapun, kami masih bergelut kerana ia bukan sekadar cara kami bermain kerana kami perlukan lebih daripada itu. Ia turut bergantung kepada identiti serta mentaliti yang mahu dibina,” katanya.

Bekas pemain Bayern Munich itu tanpa berselindung mengakui, Jerman sudah semakin hilang identiti sebagai salah sebuah pasukan yang memiliki kekuatan seimbang dari segi pertahanan dan serangan.

“Saya fikir kami sudah hilang identiti sebagai sebuah pasukan besar. Tidak salah untuk bermain ‘cantik’ tetapi pemain-pemain juga perlu lebih bijak ketika sedang melakukan serangan,” ujar Muller. – AGENSI

The post UNL: Klopp perlu bina identiti Jerman appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved